Pages

Wednesday 4 January 2012

CONTOH KARANGAN PILIHAN SPM:SEMANGAT BEKERJASAMA

 Semangat bekerjasama atau bekerja ramai-ramai untuk menyelenggarakan sesuatu rancangan atau projek merupakan suatu perkara yang tidak asing kepada bangsa kita kerana semangat ini sudah berakar umbi dan sebati dengan jiwa masyarakat kita sejak zaman dahulu lagi. Sekarang idea ini masih terus menerus berjalan tetapi hanya berubah namanya sahaja. Pada zaman silam bekerja dengan cara begini dinamakan bergotong-royong tetapi sekarang lebih dikenali dengan nama semangat bekerjasama. Bagaimanapun dasar dan tujuan pokoknya adalah sama. Bekerja secara beramai-ramai begini di sebut orang juga menyeraya, kerana segala kerja yang dilakukan itu adalah dengan tidak diberi upah. Mereka membuat kerja itu dengan sukarela dan berhati ikhlas.

Bangsa Melayu merupakan satu bangsa atau masyarakat yang mementingkan rasa tanggungjawab bersama. itulah sifat bangsa kita yang mulia. Kita benci kepada orang yang mengutamakan kesenangan dan kemewahan hidup untuk diri sendiri sahaja. Pada kita wang yang banyak tidak begitu mustahak tetapi yang paling diperlukan ialah semangat bekerjasama. Dalam apa sahaja usaha atau rancangan yang dijalankan seperti mendirikan rumah, mengadakan majlis perkahwinan, dan sebagainya, semuanya dilakukan sebagai perkhidmatan yang ikhlas kepada masyarakatnya.

  Semangat ini sangat sesuai dengan keadaan atau cara hidup masyarakat pada zaman dahulu, Masyarakat mereka saling harap-mengharap di antara satu sama lain. Demikian juga manusia di seluruh dunia sentiasa mengharap pertolongan dari pihak-pihak lain. Ini merupakan satu perkara yang biasa dan telah menjadi adat dunia.Kalau kita perhatikan dengan teliti, tiada sesiapapun umat di dunia ini boleh hidup tanpa bantuan orang lain. Yang kaya masih mengharapkan tenaga yang miskin, yang miskin pula pastinya mengharapkan upah dari orang kaya, begitu seterusnya.

  Begitulah halnya dengan negara-negara di seluruh dunia. Negara-negara memerlukan kerjasama di antara satu sama lain.

  Semangat ini hidup dengan subur di dalam masyarakat kampung yang berteraskan hidup bergotong-royong. Orang-orang kampung dapat menikmati hidup berjiran tetangga.Mereka menganggap kewajipan seseorang itu, sebagai kewajipannya juga iaitu, 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Oleh itu mereka hidup dalam rukun dan damai, saling hormat menghormati di antara mereka.

  Keadaan sistem masyarakat silam sentiasa menghormati hak-hak individu. Oleh itu, keadaan masyarakat selalu baik dan jarang  sekali berpecah belah atau bersengketa di antara mereka, kerana mereka rasa 'kalau dicubit peha kanan, peha kiri pun sakit juga'.

  Sebagai kesimpulannya, semangat bekerjasama ini adalah satu amalan yang sesuai dengan konsep baru untuk membentuk satu rupa bangsa Malaysia. Dengan adanya semangat bekerjasama, perasaan muhibah dan perpaduan akan dapat di pupuk di kalangan rakyat. tegasnya semua rakyat Malaysia patut mengamalkan semangat ini demi kepentingan bangsa dan nusa.

LATIHAN 2
Soalan SPM 2005 Bahagian B: "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat" bermaksud perpaduan dapat di wujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.

berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.

1 comment:

  1. Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

    Bonus yang diberikan NagaQQ :
    * Bonus rollingan 0.5%,setiap minggunya
    * Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
    * Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah

    * Minimal Depo 15.000
    * Minimal WD 20.000

    Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
    * Poker Online
    * BandarQ
    * Domino99
    * Bandar Poker

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : AGEN BANDARQ NagaQQ

    ReplyDelete